CTH KARANGAN

Jumaat                                    11.04.14
Amalan Menyimpan Wang.
          Amalan menyimpan wang adalah amalan yang baik dan berfaedah. Amalan ini patut kita amalkan semenjak kita kanak-kanak lagi.  Amalan ini akan dapat membantu kita pada masa yang akan datang.
          Saya menyimpan wang sejak saya masih kecil lagi. Wang saya itu saya simpan di dalam tabung. Apabila tabung saya sudah penuh, saya akan meminta ibu atau ayah saya membawa saya ke bank pula. Saya ke sana kerana ingin menyimpan wang saya itu ke dalam akaun saya.
          Saya selalunya tidak menghabiskan wang belanja saya. Saya akan menyimpan baki wang belanja saya. Kadang-kadang pakcik dan makcik saya juga ada memberi wang jika mereka melawat kami.  Duit itu juga saya simpan. Wang simpanan saya akan bertambah setiap kali hari raya. Duit raya yang saya kumpul akan saya simpan di dalam bank.

          Saya akan menggunakan wang simpan saya itu sehingga masa saya atau keluarga saya memerlukannya. Saya sedia menggunakan wang tersebut di waktu kami bebar-benar memerlukannya. Jika tidak digunakan, saya akan menyimpan wang tersebut untuk mencapai cita-cita saya menjadi seorang doktor.

Selasa                                             04.03.2014
Tema: Badan Sihat Fikiran Cerdas.
Kebaikan Aktiviti Sukan.
Aktiviti sukan memberikan kebaikan kepada kita. Bersukan dapat menanamkan nilai-nilai positif dalam diri kita.  Selain itu, kita dapat menjaga kesihatan tubuh badan dengan menyertai kegiatan sukan.
Murid-murid sekolah hendaklah melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Tujuan kita bersukan bukan sahaja untuk menang di dalam sesuatu pertandingan. Kita bersukan supaya kita dapat mendisplinkan diri kita.
Kita juga dapat mengeratkan persahabatan dengan bersukan. Semangat kesukanan jika benar-benar difahami akan menjadikan diri kita lebih bertolak-ansur dan tidak cepat marah. Hal ini tentu akan dapat mengeratkan persahabatan dengan ahli pasukan yang lain.
Acara sukan memerlukan disiplin yang ketat. Jika kita mengikuti disiplin atau peraturan, kita akan dapat meningkatkan kebolehan kita. Lebih penting lagi, kita dapat menjadikan diri kita lebih berdisiplin dalam mematuhi arahan dan peraturan.

Akhir sekali, kita patutlah melakukan aktiviti sukan pada setiap hari. Apabila badan kita berpeluh, kita akan menjadi lebih cergas dan otak kita pun akan menjadi lebih cerdas. Rajin-rajinlah bersukan supaya kita sihat dan lebih berjaya.

Jumaat                                                                                   26.04.2013
Buku Penulisan B.
Karangan jenis : Tidak Berformat.
Tajuk :- Melengkapkan Cerita.
Soalan :  Pada pagi Sabtu itu, saya bangun awal. Saya akan mewakili sekolah dalam pertandingan tae kwan do peringkat daerah. Semasa bersarapan, ayah dan ibu saya …
Mulakan cerita kamu dengan;
Semasa bersarapan, ayah dan ibu saya …
Rangka Karangan.
Isi 1 – memberi semangat – menunggang basikal -  ke sekolah – semangat membara
Isi 2 – lima belas minit – tiba – berjumpa cikgu jurulatih – memberi kata-kata semangat – menuju ke dewan – pertandingan – akan diadakan
Isi 3 – membuat regangan  - sebelum – bermula – nama dipanggil – juruacara – melangkah ke tengah gelanggang – yakin – berusaha memenangi perlawanan – melayakkan – peringkat negeri
Isi 4 -  perlawanan dimulakan – mempraktikkan segala kemahiran – jurulatih – mengelak pukulan lawan – tepukan gemuruh – penonton – pukulan saya mengenai – lawan
Penutup. – bertarung selama -  minit  -  lawan saya tewas – terpilih bertanding peringkat negeri. Bersyukur atas kejayaan – berazam – melakukan terbaik  - perlawanan peringkat negeri – mengharumkan nama sekolah , keluarga
Jawapan.
         Semasa bersarapan, ayah dan ibu saya memberikan kata-kata semangat kepada saya. Selepas itu, saya menunggang basikal lumba saya ke sekolah dengan semangat membara.  Saya pasti akan cuba sedaya upaya untuk memenangi pertandingan ini.
          Lebih kurang lima belas minit kemudian, saya tiba di sekolah. Saya terus berjumpa dengan Cikgu Shahar, jurulatih saya. Beliau turut memberikan saya kata-kata semangat. Selepas itu, kami punterus menuju ke dewan sekolah. Pertandingan tea kwan do akan diadakan di dewan sekolah.

================================
Jumaat 19.04.2013

Jenis : Tidak Berformat. – Cerita.
Tajuk : Pengalaman Semasa Hari Raya.

Rangka Karangan.
Pendahuluan.
Bangun awal – memakai baju baharu – sembahyang – tempat sembahyang berdekatan – beramai-ramai
Isi 1 – kemudian menziarahi pusara – datuk dan nenek – meninggal dunia – bersama-sama keluarga – bermaaf-maafan.
Isi 2 – menikmati juadah tradisional yang enak – pelbagai jenis kuih dan biskut
Isi 3 – membantu ibu – menyediakan hidangan – rendang, ketupat, lemang, nasi himpit – kunjungan tetamu
Isi 4 - pulang ke kampung – mengunjungi saudara mara – saling berkunjung – mengeratkan silaturahim
Penutup
Pengalaman yang tidak dapat dilupakan

Contoh Jawapan.
       Hari itu saya bangun awal daripada kebiasaannya. Saya lihat ayah dan ibu saya sudah bangun dan bersiap lebih awal. Selepas mandi, saya memakai pakaian baru. Baju Melayu berwarna merah. Semua ahli keluarga saya juga memakai baju baru berwarna merah. Ayah meminta saya bersiap segera kerana kami akan bersembahyang sunat hari raya. Kami bersembahyang di masjid yang berdekatan dengan rumah kami. Kami pergi ke sana beramai-ramai.
      Setelah pulang dari sembahyang di masjid. Kami sekeluarga kemudiannya menziarahi pusara datuk dan nenek. Kami juga tidak lupa menziarahi pusara saudara-mara yang telah meninggal dunia. Setalah kembali dari menziarahi pusara. Saya bersama-sama ahli keluarga yang lain telah kembali ke rumah. Di rumah, kami saling bermaaf-maafan. Ayah dan ibu memberi kami duit raya. Saya rasa sangat gembira.
     Kami menjamu selera dan menikmati juadah tradisional yang telah ibu sediakan. Makanan tersebut enak dan sedap-sedap semuanya. Terdapat pelbagai kuih dan biskut kegemaran saya terhidang pada hari itu. Saya berasa sungguh kenyang dan puas hati.
     Sebenarnya, sehari sebelum hari raya tiba saya telah membantu ibu menyediakan hidangan tersebut. Makanan seperti rendang, ketupat, lemang, nasi himpit telah kami sediakan. Hidang tersebut kami hidangkan kepada para tetamu yang datang. Mereka memuji keenakkan masakkan ibu. Ibu tersenyum.
     Hari kedua, hari raya kami telah pulang ke kampung. Di kampung, saya telah mengunjungi saudara-mara saya. Ayah dan ibu gembira. Kami saling kunjung-mengunjungi. Hal ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim.
     Saya rasa sayalah yang paling gembira. Ini kerana selain mengunjungi saudara-mara, saya juga dapat mengumpul banyak duit raya. Inilah pengalaman yang tidak dapat saya lupakan semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri.

========================
Jumaat - 12.04.2013

Tajuk : Pengalaman Indah.Arahan:  Kamu sedang berbual-bual dengan seorang rakan kamu tentang pengalaman menaiki kereta api. Tulis perbualan kamu itu selengkapnya.Rangka Karangan.1.     Pendahuluan :- jumpa kawan – cerita pengalaman
2.     Isi 1 – dialog – Tanya tentang pengalaman naik kereta api – keluarga.
3.     Isi 2 -  destinasi – naik di mana - nama kereta api -  keadaan di stesen
4.     Isi 3 -  keadaan semasa perjalanan – di dalam kereta api
5.     Isi 4 – pemandangan – harapan – tiba ke destinasi
6.     Penutup – perasaan – menaiki kereta api – harapan
Contoh Jawapan :


           Saya telah terserempak dengan sahabat baik saya, Ah Meng semasa saya dalam perjalanan ke padang sekolah. Ah Meng mengetahui bahawa saya dan keluarga telah ke suatu tempat dengan menaiki kereta api. Berikut adalah perbualan saya dengan Ah Meng.

Ah Meng      :  Hai, Shafiq Ezra! Saya mendengar khabar, baru-baru ini kamu telah pergi bercuti 

                         menaiki kereta api. Betul ke?
Chyalen        :  Ya, Ah Meng. Itulah pengalaman saya pertama kali menaiki kereta api. Saya 
                         sekeluarga memang bercuti menaiki kereta api.
Ah Meng      :  Boleh saya tahu, di manakah destinasi percutian kamu  sekeluarga?
Chayalen      :  Kami bercuti di Kelantan menaiki Ekspress Wau dari Stesen Sentral, Kuala 
                         Lumpur ke Tumpat. Saya tidak menyangka ramai orang yang menggunakan 
                         perkhidmatan kereta api. Keadaan stesen kereta api itu sendiri jauh lebih
                        canggih 
                         daripada dahulu.
Ah Meng      :  Bagaimanakah keadaan perjalanan kamu sekeluarga semasa menaiki kereta
                         api itu, Chayalen?
Chayalen      :  Kami sekeluarga berasa sangat selesa dan seronok. Perjalanan dengan kereta 
                         api dapat menggelakkan kesesakkan lalu lintas.
Ah Meng      :  Adakah kamu berasa letih semasa di dalam perjalanan kamu itu?
Chayalen      : Tidak, Ah Meng. Kami duduk di tempat yang selesa. Di dalam kereta api juga 
                        ada disediakan kemudahan seperti televisyen, kantin dan tandas.
Ah Meng      : Jika begitu, saya harap suatu hari nanti saya juga dapat bercuti bersama-sama 
                        keluarga saya menaiki kereta api.
Chayalen     :  Bagus tu Ah Meng. Kami kemudiannya turun di Stesen Wakaf Bharu yang 
                        letaknya lima kilometer dari Bandar Kota Bharu. Dari stesen kereta api, kami 
                        menaiki teksi  ke hotel penginapan kami.
Ah Meng     :  Apakah perasaan kamu Chayalen?
Chayalen     :  Saya berasa sangat gembira, Inilah pengalaman yang paling berharga yang tidak 
                        dapat saya  lupakan. Saya berharap saya akan dapat menaiki kereta api lagi.
====================================================================

Jumaat                                                                                              08.03.2013
Tajuk  :  Sentiasa Berhemat Kita Selamat.
Jenis   :  Berformat  : Catatan.

Arahan :  Suatu tragedi telah berlaku ketika kamu sekeluarga berkelah di pantai. Ceritakan pengalaman kamu dalam bentuk catatan sehari.
Nota : Catatan sehari bermaksud peristiwa yang berlaku dalam masa sehari, di mana hanya kejadian yang penting dicatatkan mengikut waktu peristiwa itu berlaku. Peristiwa yang dicatatkan mestilah berkaitan dengan tajuk.

Isi Penting.
Tarikh.
9.00 pagi -  Bersiap-sedia – berkelah – bawa bekalan – keperluan lain – tiba di pantai – menghamparkan tikar – pokok – menghidangkan
12.00 tengah hari – duduk bersama ayah – makan bihun –ibu dan adik mandi – gembira
- dikejutkan – riuh-rendah – ombak besar – orang ramai lari – ayah tarik tanganku – ombak hanyutkan – sepanjang laluannya.
6.00 petang – Pasukan penyelamat – menyelamat – berjaya temui mayat – sedih – meninggal dunia – tidak sempat menyelamatkan diri – hilang ditelan ombak – tidak menyangka – percutian – yang mengembirakan – menyedihkan – bersabar dan menguatkan semangat

Contoh Karangan.
Jumaat 08.03.2013.
9.00 pagi 
     Pada pagi Ahad yang cerah itu, kami sekeluarga bersiap-siap hendak berkelah di Pantai Remis, Perak. Kami turut membawa bekalan makanan dan barang-barang keperluan yang lain.
     Setengah jam kemudian, kami tiba di Pantai Remis. Aku membantu ibu menghamparkan tikar di bawah sebatang pokok yang rendang. Setalah itu, ibu menghidangkan bekalan yang dibawa.
11.50 pagi
     Aku duduk bersama-sama ayah di tepi pantai sambil makan bihun goreng dan masi lemak kegemaranku. Ibu dan adikku mandi-manda sambil ketawa keriangan. 
     Tiba-tiba, aku dikejutkan oleh suara orang ramai yang riuh-rendah. Sepantas kilat, aku menolah ke arah laut dan melihat ombak besar sedang menuju ke tepi pantai. Aku terkasima. Peristiwa yang kutonton di peti telivisyen berlaku di hadapan mataku, 
      Tatkala itu aku lihat orang ramai yang berada di tepi pantai berlari bertempiaran untuk menyelamatkan diri. Ayah terus menarik tanganku untuk menyelamatkan diri. ombak besar itu terus menghanyutkan semua barangan dan apa sahaja yang menghalang di sepanjang laluannya.

12.30 tengah hari.
      Orang ramai masih terkejut dengan kejadian itu. Ayah dan aku sibuk mencari-cari di manakah ibu dan adikku. Ahkirnya, ibu dan adikku berjaya kami temui dan mereka selamat. Aku bersyukur kepada tuhan. Jika tidak aku sendiri tidak tahu apakah aku sanggup menerima dugaanNya.

1.30 petang.
      Pasukan bomba dan penyelamat serta orang ramai yang turut sama menjalankan operasi menyelamat telah berjaya menemui beberapa mayat mangsa yang tidak dapat menyelamatkan diri. Aku dan ayah yang turut serta memberikan bantuan berasa sedih apabila kami melihat mayat jiran kami yang turut berkelah di pantai itu. Dalam sekelip mata sahaja orang yang kami sayangi hilang buat selama-lamanya ditelan ombak.
      Aku tidak menyangka percutian kami yang sepatutnya menyeronokkan pada hari itu telah bertukar menjadi tragedi yang menyedihkan. Namun, aku redha dengan apa yang berlaku. Ayah turut menasihati aku supaya bersabar dan banyakkan berdoa semuga tuhan menguatkan semangatku untuk meneruskan hidup.  
      
==========================================
TARIKH :  22 FEB 2013      HARI  : JUMAAT
Jenis :  Tidak  Berformat - Tema  ; Sekolahku Berjasa.
Tajuk   :   Faedah Bergotong-royong.

Pendahuluan :
Bergotong-royong merupakan aktiviti yang dilakukan secara bersama-sama dan beramai-ramai.
Isi-isi penting :
1.  menyusun meja dan kerusi
2.  dapat mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan guru
3.  dapar menyedari tanggung-jawab masing-masing
4.  memupuk perasaan cinta akan kebersihan
5. membawa keceriaan dan kesejahteraan kepada sekolah
Penutup :
gotong-royong mendatangkan banyak faedah yang baik - sertailah aktiviti gotong royong yang diadakan.

Contoh Karangan.
            Gotong-royong merupakan aktiviti yang dilakukan secara bersama-sama dan beramai-ramai. Aktiviti ini boleh dilakukan secara langsung atau tidak langsung. Secara terancang atau dibuat dalam rutin harian kehidupan biiasa.
            Setiap hari semasa kita di sekolah secara sedar atau tidak, gotng royong berlaku semasa kita menyusun meja dan kerusi serta membersihkan bilik darjah. Aktiviti harian ini akan dapat dilakukan dengan lebih mudah dan cepat jika kita lakukan tugas ini secara bergotong-royong.
            Selain itu, aktiviti ini juga akan dapat .... sambung dengan isi yang kedua...

SELAMAT MENJAWAB ...


Kebaikan Bergotong-royong

Kebaikan Bergotong-royong

Pendahuluan
(A1)Aktiviti bergotong-royong telah diamalkan oleh masyarakat di negara
kita sejak dahulu lagi.
(A2)Terdapat banyak kebaikan jika amalan ini diamalkan oleh kita.

Pengembangan isi
(A1)Antara kebaikannya ialah kita dapat mempercepat sesuatu kerja
berbanding jika dilakukan secara bersendirian.(Isi)
(A2)Hal ini demikian kerana sesuatu tugasan kebiasannya dilakukan
dalam jumlah yang ramai.(Mengapa)

A1)Selain itu, melalui aktiviti ini juga kita dapat menjimatkan kos
dan masa untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan. (Isi)
A2)Sebagai contoh, kita tidak perlu membayar upah kepada mereka
sekiranya melakukan kerja secara goton-royong .(Contoh)

A1)Di samping itu, aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan
kejiranan di sesuatu kawasan perumahan.(Isi)
A2)Tamsilnya, kita dapat mengenali dengan lebih rapat lagi jiran-jiran
kita semasa menjalankan aktiviti ini.(Contoh)

Penutup

A1)Tuntasnya,kita haruslah terus menghidupkan budaya mulia ini agar
(Harapan)amalan ini dapat diwariskan kepada generasi yang akan datang.


========================== TAJUK
TAJUK 1 :  Aku Sebuah Komputer.                      TAJUK 2 :  Aku Sebuah Kereta.
TAJUK 3 : Aku Sebuah Basikal.                            TAJUK 4 : Aku Sebuah Buku Cerita.
TAJUK 5 : Aku Sebuah Tempurung.                      TAJUK 6:  Aku Sebatang Pensel.

Pengenalan :
  Karangan autobiografi ialah karangan tentang riwayat benda hidup dan benda tidak bernyawa.  Contohnya bunga, payung, komputer, burung dan sebagainya.  Anda perlu membayangkan diri anda sebagai benda atau haiwan yang anda tulis.  Cerita yang ditulis perlulah logik bagi haiwan atau benda itu.  Karangan ini memerlukan daya hayalan yang tinggi dan dapat menerangkan situasi tertentu dengan jelas dan berkesan.

Hari / Tarikh  :  Jumaat - 01 02 13  Minggu 5.
Jenis   : Tidak berformat.
                                           Aku Sebatang Pensel.

Aku sebatang pensel 2B berjenama steadler.Aku dibuat di sebuah kilang di SRI GADING.Tubuh aku terdiri daripada kayu dan karbon yang berwarna hitam.
Apabila aku sudah sempurna sebagai pensel,aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak bersama 11 rakan yang lain.Kotak itu kemudiannya dimasukkan ke dalam kotak yang lebih besar.Aku tidak sabar untuk dihantar ke kedai.
Kotak itu kemudiannya dimasukkan ke dalam van.Van terus bergerak membawa saya dan rakan-rakan.Apabila terbuka sahaja,saya mendapati diri saya sudah berada di kedai buku.
"Belilah dua batang,waktu periksa nanti senang,"kata seorang lelaki kepada anaknya.Alangkah gembiranya saya apabila ada seorang yang ingin membeli aku.Dengan bayaran RM0.40,kini aku sudah mempunyai tuan.
Muncung tubuh aku ditajamkan.Tuan aku membawa aku untuk menghadapi peperiksaan UPSR.Aku berbakti kepada tuan aku dengan bersungguh-sungguh.
Namun begitu,apabila aku menjadi semakin pendek.Tuan aku akhirnya membuang aku dan menggunakan rakan aku yang lain.
---------------------------------------------------------------------------------- 
Aku Sebuah Komputer.

Aku dilahirkan di sebuah kilang di kawasan perindustrian Bedok dalam tahun 2008. Dengan jenama terkenal dan rekabentuk terbaru yang dihasilkan dalam empat warna menarik, aku dan kawan-kawanku dihantar ke bilik pameran sebuah pusat jualan komputer terkemuka di Funan Centre.
Selang tiga hari kemudian sepasang suami isteri dan anak perempuannya yang berusia 12 tahun mengunjungi bilik pameran pusat tersebut dan memutuskan untuk membeli aku. Anak perempuannya memilihku kerana warna biruku yang menarik hatinya.
Aku difahamkan bahawa aku dibeli sebagai hadiah hari jadi budak perempuan itu, yang kemudian aku kenali sebagai Siti Aida. Aku dibeli dengan harga $1,300. Mungkin Siti Aida adalah anak emas mereka. Siti Aida begitu gembira menerima aku. Dia meletakkan aku di atas meja tulis berhampiran katil di bilik tidurnya.
Sejak aku dibeli Siti Aida begitu menyayangi aku. Setiap kali selepas menggunakan aku, dia pasti membersihkan diriku dengan sehelai kain lembut. Dia tidak membenarkan walau sebutir habukpun melekat pada tubuhku.
Aku berasa begitu gembira kerana dia menjadikan aku sebagai sahabat karibnya. Setiap kali selepas pulang dari sekolah dan selesai menyiapkan kerja rumah serta mengulangkaji pelajarannya, dia akan bersama- sama denganku. Aku berjanji akan berbakti sebaik mungkin kepada tuanku itu. Bak kata pepatah, kami umpama aur dengan tebing.
Selain menjadi temannya belajar, aku juga dijadikannya teman berhibur apabila dia melungsuri Internet untuk menari bahan-bahan pelajaran atau ketika dia mahu bermain ‘game’ atau berceloteh seketika dengan kawan-kawannya.
Dia menggelarkan ‘puteri’. Tetapi, bagi diriku dialah puteri yang sebenar kerana kebaikannya selama ini terhadapku
==========================================


Aku Sebuah Kereta


Nama aku Perwira. Aku ialah sebuah kereta buatan Malaysia. Aku dibuat daripada besi, plastik, getah dan kaca. Aku mempunyai badan, stereng, kerusi dan roda. Stereng, brek dan pemacu aku berfungsi sebagai alat mengawal kenderaan.
Aku dibuat di sebuah kilang kenderaan di Shah Alam. Setelah semua komponen badanku lengkap dipasang, aku diuji dari segi ketahanan dan kualiti. Setelah siap diperiksa, aku dihantar ke pusat pameran jualan kereta. Sampai sahaja di pusat pameran menjual kereta, aku dan kawan-kawanku dipamerkan di ruang yang disediakan.
Badanku berwarna merah dan berharga RM55,000. Sejak hari itu, aku dan kawan-kawanku menunggu untuk dibeli oleh pelanggan. Pada suatu hari, datang seorang wanita yang hendak membeli sebuah kereta untuk kegunaannya sendiri. Dia tertarik akan warna aku. Setelah meneliti keistimewaan aku, dia pun membeli aku.
Kemudian, aku dipandu pulang ke rumahnya. Dia menggunakan aku hampir setiap hari tanpa henti. Saban hari aku digunakan oleh tuanku untuk pergi bekerja dan menghantar anaknya ke sekolah. Pada waktu malam pula, aku digunakan oleh anak lelakinya untuk bersiar-siar dengan kawan-kawannya. Pada ketika inilah aku berasa sangat tidak selesa kerana diperlakukan secara kasar oleh anaknnya.
Pada suatu malam, anak lelakinya menggunakan aku untuk menghadiri jamuan hari jadi kawannya. Aku dipandu dengan laju melebihi had yang dibenarkan oleh pihak berkuasa iaitu 130 km sejam. Aku gagal dikawal lalu terbabas dan terlanggar sebatang pokok. Badanku remuk teruk dan anak tuanku terkorban.
Akhirnya, aku tidak dapat digunakan lagi. Aku dihantar ke kedai menjual besi buruk. Begitulah riwayat hidupku sebagai sebuah kereta.



Autobiografi: Aku Sebuah Basikal

Aku berasal dari "Negara Matahari Terbit". Aku dibuat di sebuah kilang di negara maju itu. Badanku terdiri daripada besi, getah, kaca dan plastik.

Setelah siap dipasang, aku digelar basikal. Aku dan kawan-kawanku yang lain ditempatkan di sebuah bilik di kilang itu sementara menunggu untuk dipasarkan. Aku berasa sungguh gembira kerana ramai kawan-kawan memuji kecantikanku.

Tidak lama kemudian, aku dan kawan-kawanku dihantar ke sebuah pelabuhan untuk menaiki sebuah kapal dagang. Aku berasa sungguh seronok apabila mendapati kami akan dihantar ke Malaysia. Melalui perbualan beberapa orang kelasi kapal itu, aku dengar ramai kanak-kanak di Malaysia ingin memiliki kami. Aku semakin bangga.

Nasib kami sungguh malang. Tanpa disangka kapal yang kami naiki karam setelah dipukul ombak besar. Aku dan kawan-kawanku tenggelam ke dasar laut. Setahun kemudian, aku dijumpai oleh seorang penyelam. Waktu itu badanku sudah berkarat. Penyelam itu membawa aku dan kawan-kawanku naik ke daratan. Akhirnya kami dihantar ke kilang kitar semula.

Aku berasa sungguh kesal kerana telah menjadi bahan terbuang sebelum sempat mencurahkan baktiku kepada orang Malaysia. Bagaimanapun, itu tidak penting kerana aku yakin semuanya adalah ketentuan Tuhan.

=========================================
Tajuk  : KARANGAN AUTOBIOGRAFI

Contoh 1.
  Saya Sebuah Buku Cerita.

          Saya ialah sebuah buku cerita. Nama saya "Si Tanggang" . Saya ditulis oleh seorang pengarang muda yang bernama Siti Salmah.
        Saya diperbuat daripada kertas putih. Kulit saya berwarna-warni. Ukuran badan saya ialah 16 cm lebar dan 22.5 cm panjang. Sebelum dilahirkan, saya dihantar ke sebuah syarikat percetakan. Di sana saya dicetak untuk dijadikan buku. Selepas dicetak, saya dan rakan-rakan disusun dan disimpan di dalam kotak yang besar. Tidak lama kemudian, kami dihantar oleh sebuah van ke kedai-kedai buku.
         Di kedai buku, kami dipamerkan dalam almari kaca. Kami berasa takut dan bimbang kerana tidak lama lagi kami akan berpisah. Pada suatu hari, datang seorang murid sekolah ke kedai itu. Dia membelek-belek muka surat saya. Akhirnya, dia pun berkenan dan membeli saya dengan harga lapan ringgit lima puluh sen. Ketika itu, saya sungguh sedih kerana terpaksa berpisah dengan rakan-rakan saya.
        Setibanya di rumah, murid itu pun duduk di kerusi lalu membaca sehingga tamat.  Pada keesokkan harinya, murid itu menceritakan mengenai diri saya kepada rakan-rakannya di sekolah.  Setelah mendengar cerita itu, mereka berebut-berebut hendak membaca saya.  Saya berasa sungguh takut.  Mujurlah ketika itu guru besar sekolah itu lalu di hadapan bilik darjah. Saya disimpan oleh tuan saya di dalam begnya.
        Sekarang saya telah berusia enam tahun.  Badan saya sudah mulai koyak-rabak.  Tuan saya sudah tidak pedulikan saya lagi. Saya disimpannya di dalam sebuah almari buruk.  Saya berasa sungguh sedih kerana jasa baik saya selama ini sudah tidak dikenang lagi.

Contoh 2.
Aku Sebuah Tempurung.

         Setelah isiku diambil, aku dibuang ke tempat pembuangan sampah.  Hampir seminggu aku  terlantar di situ. Alangkah malangnya nasibku.  Sentiasa berhujan dan berpanas tanpa mengira waktu.  Hanya menunggu waktu aku dimamah api tanpa belas kasihan. Aku kini diibaratkan seperti habis madu, sepah dibuang.
        Lamunanku terhenti dengan kedatangan seorang pemuda.  Jantungku berdegup kencang.  Sekejap lagi tamatlah riwayatku dibakar api yang marak menyala.Tetapi jangkaanku salah. Pemuda itu mengutipku dan beberapa rakanku yang lain lalu dimasukkan ke dalam sebuah bakul. Kami dibawa ke suatu tempat lapang untuk dijemur.  Bahang matahari mengeringkan kulitku.
     Tidak lama kemudian, pemuda itu datang menghampiri kami. Dia membelek-belek kami..Aku tertanya-tanya di dalam hati apakah maksud pemuda itu. Akhirnya aku dibawa ke dalam sebuah bilik.  Di situ pemuda itu menggilap badanku menggunakan kertas pasir.  Aku menjerit kesakitan.  Tidak lama kemudian, badanku menjadi licin dan halus.
      Setelah itu pemuda tersebut mula mengukir corak-corak di badanku. Dia menyapu sejenis cat di badanku menjadikan badanku berkilat. Seterusnya aku dijemur lagi di bawah terik matahari.
       Tidak lama kemudian , pemuda itu datang mengambilku.Aku dibawa masuk ke dalam rumah.  Aku tertanya-tanya. Apa lagi yang hendak dilakukannya di badanku ini. Rupa-rupanya aku diletakkan di atas almari perhiasan.
       Sedarlah aku sekarang bahawa aku telah dijadikan barang perhiasan.  Alangkah bersyukurnya aku kerana masih berguna kepada manusia




===== TAJUK =============================== TAJUK ====================

Hari / Tarikh  :  Jumaat - 040113  Minggu 1.
Jenis   : Tidak berformat.
Tajuk  :  Cita-cita Saya.
Isi : Mengapakah saya memilih cita-cita itu? Siapakah idola saya? Apakah yang saya buat untuk mencapai cita-cita itu? Harapan saya.
Contoh Karangan  1 :  Cita-cita Sebagai Seorang Pereka Fesyen Pakaian.
         Nama saya Shareena binti Shahar. Saya adalah pelajar Tahun 4 Melati. Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sri Petaling. Apabila saya besar nanti, saya bercita-cita menjadi seorang pereka fesyen pakaian yang terkenal.
         Saya memilih untuk menjadi seorang pereka fesyen pakaian kerana saya suka pakaian yang cantik dan berwarna-warni. Saya tertarik hati dan berminat dengan cita-cita ini setelah melihat pertunjukkan pakaian rekaan terbaru yang ditayangkan di televisyen. Semua pakaian tersebut cantik dan baru.
         Di antara ramai-ramai pereka fesyen di dunia ini. Saya meminati fesyen pakaian yang dihasilkan oleh Rizalman Razil daripada Malaysia. Hal ini kerana rekaan beliau sesuai dengan cita rasa saya. Rekaan beliau juga banyak dipakai oleh artis dan pemimpin negara.
         Saya banyak membaca dan belajar melukis dan mewarna demi mencapai cita-cita saya ini. Saya juga banyak menyimpan gambar-gambar fesyen terbaru untuk dijadikan rujukkan. Saya juga kerap merakanm dan menonton rancangan pertunjukkan fesyen demi menambah pengetahuan.
          Saya berharap saya akan mencapai cita-cita saya itu. Saya juga berharap fesyen rekaan saya akan menjadi kegemaran orang ramai.
-------------------------------------------------------------------- 010101010101
Contoh Karangan  2 : Cita-cita Sebagai Seorang Polis.

Isi : Mengapakah saya memilih cita-cita itu? Siapakah idola saya? Apakah yang saya buat untuk mencapai cita-cita itu? Harapan saya.
Contoh Jawapan: 
       Setiap orang mempunyai cita-cita. Cita-cita adalah keinginan ketika dewasa kita nanti. Cita-cita ini biasanya bermula sejak sesorang itu kecil lagi. Saya seperti orang yang lain juga mempunyai cita-cita saya sendiri. Cita-cita saya adalah menjadi seorang polis.
      Saya ingin menjadi seorang anggota polis kerana anggota polis boleh membantu orang yang dalam kesusahan. Anggota polis boleh menangkap orang yang melakukan kesalahan atau melanggar undang-undang. Kita boleh lebih berdisiplin apabila menjadi seorang anggota polis.
      Idola atau orang yang menjadi inspirasi saya adalah ibu saya. Ibu saya adalah seorang anggota polis. Ibu saya berpangkat sarjan mejar. Ibu saya seorang yang tegas dan berani. Beliau dihormati oleh pegawai polis yang lain di balai polis tempat ibu saya bertugas,
      Namun apabila saya besar nanti saya ingin menjadi pegawai polis yang lebih tinggi pangkatnya daripada ibu saya. Saya ingin menjadi berani, tegas dan dihormati oleh anggota polis yang lain seperti ibu saya. Saya akan belajar bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan yang baik. Saya akan membaca banyak buku penyiasatan dan menjadi penyiasat yang hebat seperti di dalam rancangan kartun cerita 'Conan'.
      Saya berharap saya akan mencapai cita-cita saya itu. Saya ingin membantu menjaga keamanan dan keselamatan negara.
-------------------------------------------------------------------- 020202020202
Contoh Karangan  3 :  Cita-cita Sebagai Seorang Ahli bomba.

Isi : Mengapakah saya memilih cita-cita itu? Siapakah idola saya? Apakah yang saya buat untuk mencapai cita-cita itu? Harapan saya.
Contoh Jawapan: 
Setiap orang mempunyai cita-cita. Cita-cita adalah keinginan ketika dewasa kita nanti. Cita-cita ini biasanya bermula sejak sesorang itu kecil lagi. Saya seperti orang yang lain juga mempunyai cita-cita saya sendiri. Cita-cita saya adalah menjadi seorang ahli bomba.
-------------------------------------------------------------------- 030303030303
Contoh Karangan  4 :  Cita-cita Sebagai Seorang Juruterbang.
Isi : Mengapakah saya memilih cita-cita itu? Siapakah idola saya? Apakah yang saya buat untuk mencapai cita-cita itu? Harapan saya.
Contoh Jawapan: 
Setiap orang mempunyai cita-cita. Cita-cita adalah keinginan ketika dewasa kita nanti. Cita-cita ini biasanya bermula sejak sesorang itu kecil lagi. Saya seperti orang yang lain juga mempunyai cita-cita saya sendiri. Cita-cita saya adalah menjadi seorang juruterbang.
-------------------------------------------------------------------- 040404040404

Contoh Karangan  5 : Cita-cita Sebagai Seorang Doktor.
Isi : Mengapakah saya memilih cita-cita itu? Siapakah idola saya? Apakah yang saya buat untuk mencapai cita-cita itu? Harapan saya.
Contoh Jawapan: 
Setiap orang mempunyai cita-cita. Cita-cita adalah keinginan ketika dewasa kita nanti. Cita-cita ini biasanya bermula sejak sesorang itu kecil lagi. Saya seperti orang yang lain juga mempunyai cita-cita saya sendiri. Cita-cita saya adalah menjadi seorang doktor
-------------------------------------------------------------------- 050505050505
Contoh Karangan  6 : Cita-cita Sebagai Seorang Guru.
Isi : Mengapakah saya memilih cita-cita itu? Siapakah idola saya? Apakah yang saya buat untuk mencapai cita-cita itu? Harapan saya.
Contoh Jawapan: 
Setiap orang mempunyai cita-cita. Cita-cita adalah keinginan ketika dewasa kita nanti. Cita-cita ini biasanya bermula sejak sesorang itu kecil lagi. Saya seperti orang yang lain juga mempunyai cita-cita saya sendiri. Cita-cita saya adalah menjadi seorang guru

============= TAJUK BERIKUTNYA ============== >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Isnin 02 Julai 2012
Kata Ganti Nama Diri.
1. baginda - kgn diri kelas ke 3.
Sultan Selangor akan berangkat ke Kuala Lumpur. Baginda akan berangkat ke sana petang ini.
2. beliau – kgn diri kelas ke 3
Guru Besar adalah seorang guru yang penyayang. Beliau juga disayangi oleh semua warga sekolah.
3. kita - kgn diri kelas 1
“ Ke manakah kita akan pergi selepas ini?” tanya Aqilah kepada Syahmi.
4. kami – kgn diri kelas 1
“ Kami akan pergi ke perpustakaan ibu, “ kata Haziq dan Mirza kepada ibu mereka.
5. tuanku - kgn diri kelas 2
“Ampunkan patik tuanku, segala titah perintah tuanku akan patik junjung,” kata bendahara kepada Raja Alauddin.
Kelas 1 – menunjukkan orang yang bercakap. ( saya, aku, patik, kami, dll)
Kelas 2 – menunjukkan orang diajak/ lawan bercakap. ( awak, kamu, tuanku, dll )
Kelas 3 - menunjukkan orang diperkatakan tentangnya. ( baginda, dia, mereka, dll)

============= TAJUK BERIKUTNYA ============== >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Dialog Melawat Tempat yang Menarik.

Semasa rehat saya sempat berbual dengan sahabat baik saya. Saya menceritakan tentang lawatan saya ke tempat yang menarik di Kuala Lumpur.

Marsya : Hai, Megat. Apa khabar ?

Megat : Hai, Marsya. Saya baik-baik sahaja. Awak pergi ke mana pada masa cuti yang lalu. Saya telefon rumah awak tapi tiada siapa yang menjawapnya.

Marsya : Oh, awak telefon! Saya minta maaf. Saya dan keluarga saya tiada di rumah. Kami pergi melancong.
Megat : Pergi melancong? Awak pergi melancong ke mana? Kenapa tiba-tiba sahaja. Biasanya awakkan memberitahu saya?
Marsya : Maaflah tiba-tiba sahaja ayah saya ingin membawa kami semua ke……………

 Sambung sendiri dengan tempat yang telah kamu lawati
Megat : Wah, menarik sungguh tempat yang kamu lawati! Kalau begitu saya pun ingin ke sana suatu hari nanti.
Marsya : Baguslah Megat. Loceng pun sudah dibunyikan. Marilah kita masuk ke kelas.
Mereka kemudian berjalan beriringan ke kelas.

============= TAJUK BERIKUTNYA ============== >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
JUMAAT 29. JUN. 2012
Jenis Cerita.
Tajuk : Satu Peristiwa Mengembirakan yang Pernah Saya Alami.
Pendahuluan –
      Saya adalah seorang murid yang kurang rajin belajar. Saya lebih suka menonton televisyen atau melayari internet. Walaupun ibu bapa saya kerapkali menasihati saya, namun saya tidak mendengar nasihat mereka. Setelah peperiksaan selesai saya mendapati saya telah gagal dalam beberapa mata pelajaran.
       Saya takut. Saya takut dengan keputusan yang saya perolehi. Saya takut ayah akan memarahi saya. Saya telah memalukan ayah dan ibu. Namun, setelah saya tunjukkan keputusan peperiksaan saya, ayah tidak marah. Ayah menasihati saya supaya sedar akan kesilapan dan kelemahan saya. Saya malu pada ayah, ibu dan diri saya sendiri.

p-3 . belajar – jadual waktu - sukar ikuti jadual – paksa diri – ikut jadual belajar
p4- belajar sendiri – banyak luangkan waktu membaca – tanya apa yang tidak tahu –
ibu bapa dan guru - peperiksaan - dapat jawap dengan mudah
Penutup - keputusan keluar – semua A – tidak sabar tunjukkan keputusan – tajuk.

============== TAJUK BERIKUTNYA ============== >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
KHAMIS 10. MEI. 2012

Tuliskan dalam buku Penulisan C.
BUKU SMART PRAUPSR – A. Muka Surat terakhir.
Bahagian C adalah merupakan bahagian rumusan petikan atau analisis nilai. Anda perlu menuliskan 5 nilai yang terdapat dalam petikan. Huraikan nilai tersebut sebagai pengajaran yang anda fahami dan jelaskan dalam bentuk ayat. Tuliskan semua ayat itu dalam satu perenggan sahaja.

2. Berikut adalah aspek atau cara penulisan yang boleh membantu kamu menjawab dengan baik. I2 C2.

a. Antaranya adalah, kita mestilah - bersikap peramah/tidak bersikap sombong - supaya kita disayangi orang di mana sahaja kita pergi.

b. Selain itu, kita sepatutnya – mentaati pesanan ibu bapa – supaya hidup kita diberkati tuhan.

c. Seterusnya, kita haruslah - menepati janji yang dibuat -supaya diri kita dihormati oleh orang lain

d. Oleh itu, kita dikehendaki – berperikemanusiaan - supaya hubungan kita sentiasa baik dengan orang lain.

e. Akhirnya, kita sewajarnya – berpekerti mulia - supaya hidup kita bahagia selalu.

Contoh jawapan:-

Petikan mengajar saya lima pengajaran. Antaranya, kita mestilah mengamalkan sikap peramah supaya kita disayangi orang di mana sahaja kita pergi.. Selain itu, kita sepatutnya....

============= TAJUK BERIKUTNYA ============== >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

JUMAAT 27 April 2012
Penulisan Bahagian B.  Jenis : Cerita.

Balasan Murid yang Jujur
      Loceng berbunyi tepat pada pukul 1.10 tengah hari, menandakan waktu pulang. Murid-murid berpusu-pusu keluar untuk pulang ke rumah. Saya, Akilah dan Vishal berjalan bersama-sama seperti biasanya.
      Tiba-tiba Saya ternampak sebuah dompet. Saya mengambil dompet itu dan membukanya. Saya terkejut kerana ada duit sebanyak RM 500 di dalamnya. Akilah dan Vishal mencadangkan supaya kami membahagikan wang tersebut. Saya tidak bersetuju.
      Sebelum pulang ke rumah, saya singgah di balai polis. Saya menyerahkan dompet itu kepada Inspektor Muzakir. Inspektor Muzakir mengambil butir-butir diri saya. Saya dibenarkan pulang. Pihak polis berjanji akan menyerahkan dompet itu kepada pemiliknya.
      Pada minggu berikutnya, Inspektor Muzakir telah pergi ke sekolah saya. Semasa perhimpunan sekolah, Inspektor Muzakir telah menyampaikan cenderamata dan sijil penghargaan di atas kejujuran saya. Guru besar memuji sikap jujur yang ditunjukkan oleh saya. Dia berpesan kepada semua pelajar agar mencontohi sikap yang baik itu. Saya turut bangga dan berjanji akan sentiasa berbuat sesuatu yang baik.

============= TAJUK BERIKUTNYA ============== >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Jumaat  - 06.04.2012
Jenis: Karangan Tidak Berformat.

Tajuk : Melengkapkan karangan.
Sebaik-baik sahaja pulang daripada menyertai aktiviti ko-kurikulum di sekolah, aku berehat-rehat sambil menonton televisyen. Tiba-tiba aku terdengar satu panggilan suara dari luar rumah. Aku pun keluar untuk melihat siapa yang datang. Rupa-rupanya…
Rangka Karangan.
Pendahuluan- rupa-rupanya –kanak-kanak- lingkungan 5 tahun datang – menangis
Isi-isi – minta tolong ambilkan layang-layang – tersangkut – pokok mangga – taman permainan – di hadapan rumahku – pergi lihat – cuba - ambil kayu panjang – jolok layang-layang - tidak berjaya – tinggi – kawan lalu – tunggang basikal – terus panjat – berjaya dapatkan layang-layang itu
Penutup – ucapkan terima kasih – tersenyum – main semula
Jawapan
      Sebaik-baik sahaja pulang daripada menyertai aktiviti ko-kurikulum di sekolah, aku berehat-rehat sambil menonton televisyen. Tiba-tiba aku terdengar satu panggilan suara dari luar rumah. Aku pun keluar untuk melihat siapa yang datang. Rupa-rupanya, suara yang saya dengar itu adalah suara seorang budak kecil. Budak itu mungkin berumur dalam lingkungan 5 tahun. Dia menangis teresak-esak.
      Aku mendapatkan budak itu dan memintanya menerangkan apa yang berlaku. Dia menangis kerana layang-layangnya tersangkut di atas pokok. Dia meminta aku menolongnya mengambil layang-layang itu. Layang –layangnya tersangkut tinggi di atas pokok mangga di taman permainan di hadapan rumahku.
      Aku pergi melihat apa yang boleh kulakukan bagi membantunya. Aku mengambil kau panjang …..

============= TAJUK BERIKUTNYA ============== >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
JUMAAT 23 MAC 2012
JENIS : Karangan CERITA.
Tajuk : Satu Kebakaran yang Pernah Saya Saksikan.
Isi Penting.
Pendahuluan - berehat di rumah – menonton televisyen bersama keluarga.
Isi.
1. Terdengar suara – menuju ke tingkap – terlihat api dan asap - rumah jiran terbakar
- beritahu ahli keluarga
2. Ayah ke rumah jiran – abang telefon pihak bomba – saya dan abang ke rumah jiran
– jiran-jiran yang lain juga sudah ramai
3. menolong jiran memindahkan barang-barang - ramai jiran lain membantu - banyak barang
yang dapat diselamatkan - ada juga yang tidak dapat diselamatkan.
4. bomba tiba tidak lama kemudian – api telah marak – rumah terbakar teruk – api dapat dipadam
- sedih – ucapkan terima kasih kepada yang membantu – ayah ajak tinggal sementara
- jiran terima dan ucapkan terima kasih .
Penutup - saya turut sedih – tapi gembira kerana dapat sama membantu jiran yang susah – tiada
yang terkorban.

============= TAJUK BERIKUTNYA ============== >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
JUMAAT 17.02.2012

Jenis : Karangan Tidak Berformat. – KARANGAN B.
Tajuk : Pengalaman Semasa Pulang di Kampung.

Pendahuluan. - cuti sekolah – pulang ke kampung datuk – bersama keluarga – di Kuala Pilah - datuk sambut kami - gembira
Perenggan 1 - saya gembira - jumpa nenek , datuk dan ahli keluarga – rindu melakukan aktiviti di kampung - teringat keseronokkan semasa pulang dahulu – kawan-kawan juga gembira
Perenggan 2 – bangun pagi – hirup udara segar – bunyi ayam dan kambing peliharaan datuk – sarapan – lempeng dan cekodok – memuji keenakkan masakan nenek – emak tersenyum
Perenggan 3 – datuk mengajak saya memancing – sungai di belakang rumah – bawa cacing dan belalang – datuk sediakan – rasa geli – pegang cacing – cangkukkan pada mata kail – gembira dapat ikan – bawa balik – jadi lauk tengah hari.
Perenggan 4 - petang – ikut datuk ke dusun buah-buahan – petik rambutan dan cempedak – sudah masak – sungguh enak – menjerit – digigit kerengga - ayah dan datuk tersenyum – masih rasa sakit – balik ke rumah datuk – sapu ubat – sakit tapi seronok
Penutup – sudah 5 hari di kampung – masa untuk pulang – beritahu datuk perasaan saya – datuk dan nenek peluk saya – pulang dengan perasaan gembira tapi sayu – tidak tahu bila akan pulang ke kampung lagi.

Jawapan.
Cuti sekolah akan bermula tidak lama lagi. Ayah telah berjanji akan membawa kami sekeluarga pulang ke kampung datuk. Pada hari pertama cuti persekolah kami sekeluarga pun pulang ke kampung. Kampung datuk saya terletak di Kuala Pilah. Setibanya kami di sana kami telah disambut oleh datuk dan nenek dengan perasaan gembira.
Saya juga berasa gembira dapat berjumpa dengan datuk,nenek dan ahli keluarga saya yang lain. Sudah agak lama saya tidak pulang ke kampung kerana ayah sibuk bekerja. Saya sebenarnya rindu akan aktiviti yang saya biasa lakukan di kampung bersama rakan-rakan sebaya saya yang lain. Saya masih teringat keseronokkan mandi sungai kali terakhir saya pulang dahulu. Kawan-kawan saya juga nanti tentu gembira berjumpa dengan saya. - -- sorry tak sempat siapkan dah nak balik..  siapkan lah sendiri atau kalau ada masa nanti saya siapkan ...

============= TAJUK BERIKUTNYA ============== >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Jumaat                                                                     20 01 2012
Jenis : Karangan Cerita.
Tajuk : Satu Peristiwa yang Tidak Dapat Saya Lupakan.

            Ibu dan ayah saya terpaksa balik ke kampung. Mereka perlu menghadiri satu majlis keramaian di sana. Saya tidak mengikut mereka kerana saya ingin menyiapkan kerja rumah dan mengulangkaji pelajaran. Ibu mengizinkan saya tinggal di rumah walaupun bersendirian.
            Setelah ibu dan ayah beredar, saya mengunci semua tingkap dan pintu rumah. Saya segera menyiapkan kerja rumah kerana sebenarnya saya ingin menonton rancangan kegemaran saya, ‘ Doraemon’. Puas hati saya dapat menonton rancangan kegemaran saya itu tanpa sebarang gangguan.

            Semasa saya sedang menonton cerita Doraemon, saya terdengar bunyi seseorang mengetuk pintu rumah saya. Saya hanya mendiamkan diri.  Saya takut sekiranya orang yang tidak dikenali mengetahui bahawa saya seorang diri di rumah. Saya cuma mengintai melalui tingkap tetapi tidak melihat sesiapa di luar.  Saya kembali menonton televisyen.
            Tiba-tiba saya terpandang bayang-bayang seseorang mengelilingi rumah saya. Saya mulai bimbang dan takut. “Mungkinkah itu pencuri,” kata saya dalam hati. Saya hanya mendiamkan diri. Apakah yang perlu saya lakukan jika bayang-bayang itu benar-benar pencuri? Saya semakin bimbang. Bunyi seseorang cuba membuka pintu dapur rumah saya semakin menakutkan saya.
            Baru saya teringat. Saya terlupa mengunci pintu dapur. Saya perlu berbuat sesuatu. Saya akan mempertahankan harta dan rumah saya. Saya perlu berani. Saya mengambil kayu ‘Base Ball’ ayah. Saya menunggu di belakang pintu. Apabila pencuri itu masuk, saya memukul kakinya sekuat hati. Dia menjerit kesakitan. Upsss.. suara pencuri itu biasa saya dengar. Saya segera membuka lampu.   

            Abang. Abang saya rupanya. Abang menjerit kesakitan sambil memarahi saya. Kaki abang patah. Ayah dan ibu saya yang balik dengan segera telah membawa abang ke hospital. Itulah peristiwa yang tidak akan dapat saya lupakan.
============= TAJUK BERIKUTNYA ============== >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

BAHAGIAN B. - 14 JAN 2012
PENULISAN - SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI.


                                                                                              No: 132-2-1,
                                                                                              Jalan SS 3/ 5,                                                                                               
                                                                                              Taman Jaya,
                                                                                              46200 Petaling Jaya.
                                                                                                         
                                                                                               13. 01. 2012

Menemui sahabatku, Nur Anis Faezah yang berada di Kuantan. Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Saudari,
      Cuti sekolah hampir tiba. Apakah rancangan saudari?  Sebenarnya tujuan saya menuliskan surat ini adalah untuk memberitahu saudari  bahawa saya  dan rakan-rakan kita yang lain telah merancang untuk mengadakan aktiviti melawat Kuala Lumpur.

            Saya ingin mengundang saudari untuk turut sama menyertai aktiviti tersebut.  Tentang tempat tinggal dan keperluan yang lain, saudari tidak perlu risau. Ayah saya telah bersetuju untuk  membantu.

            Di dalam aktiviti itu nanti, kita boleh melawat ke Muzium Negara, Planeterium, Pusat Sains , Zoo, Menara Kuala Lumpur dan pelbagai tempat menarik yang lain. Ayah saya telah bersetuju untuk menjadi pemandu pelancong kita. Jadi janganlah saudari risau dengan hal berkait dengan pengangkutan. 

            Selain dapat melawat tempat-tempat tersebut, kita juga boleh menambah pengetahuan sedia ada kita. Saya berharap ibu bapa saudari akan merestui rancangan saya ini. Saya tentu akan berasa gembira jika saudari dapat turut serta.

            Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan buat kali ini. Semoga saudari Anis akan dapat  memberikan jawapan berhubung perkara tersebut dengan segera. Sehingga berjumpa lagi.
Sekian.
                                                                                                                                      Sahabatmu,
                                                                                                                                     
                                                                                                                                   --------------------
                                                                                                                                   Shahbiahssp

============= TAJUK BERIKUTNYA ============== >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Bahagian C. 15 OGOS 2011.
3. Bina ayat berdasarkan perkataan yang diberikan.

a. Kita hendaklah berjimat-cermat semasa berbelanja supaya dapat
menggunakan simpanan semasa memerlukan.

b. Kita hendaklah berhati-hati semasa membuat keputusan supaya tidak
susah dikemudian hari.

c. Kita mestilah berfikiran matang dalam melakukan sesuatu supaya tidak
menyesal dikemudian hari.

============= TAJUK BERIKUTNYA ============== >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Jumaat 08-07-11
Tidak berformat.
Jenis : Cerita
Tajuk : Melengkapkan Cerita.
Arahan: Akhiri cerita anda dengan, ‘ Kejayaan mesti saya miliki.’

Rangka Isi Karangan.
Pendahuluan. - duduk termenung di depan rumah – dimarahi ibu – keputusan tidak memuaskan
Isi-isi Penting –
- lihat seekor anak burung – baru belajar terbang – jatuh – terbang lagi
- ibunya – tidak boleh membantu – akhirnya berjaya terbang
- sedar akan persamaan – faham akan kesilapan
- perlu berusaha untuk berjaya – kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Penutup. – berusaha – mengulangkaji pelajaran – tidak malu bertanya – kejayaan pasti akan dimiliki.

Jawapan Karangan.
      Saya duduk termenung di hadapan beranda rumah. Saya sedih kerana saya baru sahaja dimarahi oleh ibu. Memang patut pun. Keputusan peperiksaan saya amat tidak memuaskan. Saya gagal dalam tiga matapelajaran. Saya memang tidak mengambil kisah pun tentang pelajaran. Sebab itulah keputusan saya begitu.
     Semasa saya duduk mengenangkan nasib diri. Saya terlihat……