BM - TTBH

Selasa.                                                               15.04.14
Lengkapkan ayat di bawah dengan kata yang sesuai.
1.                Encik Shahar pergi ke Kuala Lumpur ______ petang semalam.
2.                Surat itu saya terima __________ abang saudara saya yang
tinggal di London.
3.               Ibu saya sangat rindu _____ abang saya yang belajar di Kuala Terengganu.
4.               Kamal menerima kunjungan sahabat penanya yang datang ________ India.
5.               Semua murid telah pergi ke padang _______ Amar.
6.               Jenna membantu ibunya _______ pokok bunga pada waktu pagi.
7.               Yasmin _________ cikgunya seutas tasbih.
8.               Fatimah terpegun melihat lelaki itu ________ roti canai.
9.               Amalien memakai _________ kasut yang baru dibeli oleh bapanya.
10.         Khalisha suka membaca buku _______ dia ingin berjaya dalam pelajaran.
11.         Saiful gemar makan _____  ______ yang digoreng oleh neneknya.
12.         Ilham pergi ke sekolah _________ kereta yang dipandu oleh bapanya.
13.         Kaswini ________ sari yang dibeli oleh ibunya.
14.         Pavithra _________ 5 ekor kambing yang sihat.

15.         Dayna _______ kek harijadinya selepas hadirin menyanyikan lagu.

RABU  -   26.02.2014
Tema : Jaga Keselamatan Diri.
Tajuk : Bunyi bahasa.
A.  Diftong – diftong adalah dua bunyi vokal disebut sekali gus dalam satu suku kata.
Contoh: Pantai Merdeka, kedai, pulau.
B.  Vokal berganding adalah gandingan dua huruf vokal yang bergabung dalam satu bunyi.
Contoh: semua ketua, tujuan.
C.  Digraf – digraf  adalah dua huruf konsonan yang hadir secara berturut-turut yang mewakili satu bunyi.
Contoh :  membunyikan loceng, sepanjang
D.  Konsonan bergabung – Konsonan bergabung adalah dua huruf konsonan yang hadir secara berturut-turut dalam satu perkataan.
Contoh :  Stesen bomba, berturut.
E. Tuliskan 3 contoh bagi setiap bunyi bahasa di bawah.
1.  Diftong.
a.  ramai
b.  semai
c.  murai  
2.  Vokal.
a.  buah
b.  membuang
c.  kaunter
3.  Digraf.
a.
b.
c.
4.  Konsonan berganding.
a.
b.

c.
SABTU                                                                                 15.02.2014
A. Tuliskan maksud simpulan bahasa di bawah.
1. ayam tambatan – orang harapan
2. atas pagar – tidak menyebelahi mana-mana pihak
3.  orang dapur – anak perempuan/ orang perempuan
4. kacang hantu – suka mengganggu orang lain
5. langkah kanan – bernasib baik
6. anak  buah – orang yang di bawah jagaan seseorang
                            ketua/anak saudara
7.  panjang tangan – suka mencuri
8.  tangkai jering - kedekut
9.  buah tangan – hadiah yang dibawa semasa melawat
                           seseorang.
10.       alas perut – makan sedikit untuk menahan lapar

Tuliskan penjodoh bilangannya.
1.   pengantin – sepasang pengantin
2.   jaring – serawan jaring
3.   meriam – selaras meriam
4.   cendawan – sekaki cendawan
5.   rantai – seutas rantai
6.   suratkhabar – senaskah suratkhabar
7.   surat – sepucuk surat
8.   jagung – setongkol jagung
9.   bubur – semangkuk bubur
10.       bunga – sekuntum / sejambak / sekalungan bunga




Tuliskan kata gandanya. – Kata ganda berima.
1.   kuih –  kuih-muih                    
2.   lintang – lintang-pukang
3.   kacau- kacau-bilau
4.   terang- terang-benderang
5.   gelap- gelap-gelita
6.   simpang – simpang-siur
7.   bengkang- bengkang-bengkok
8.   licin- licin-licau
9.   periuk- periuk-belanga

10.       lemah- lemah-longlai
Isnin                                                                                      01.07.2013
A.Tuliskan antonim perkataan di bawah.
1.  sulung – bongsu
2.  ganas – jinak
3.  pemarah – baik hati
4.  rajin – malas
5.  terkenang - terlupa
6.   meninggalkan - membawa
7.   menyayangi - membenci
8.   mendirikan – merobohkan
9.   melaporkan – membiarkan
10. mencatat - memadam

B. Tuliskan maksud peribahasa di bawah.
1.  seperti cacing kepanasan – orang yang tidak boleh duduk diam.
2.  seperti aur dengan tebing – persahabatan yang erat.
3.  seperti enau di dalam belukar – orang yang mementingkan dirinya sendiri.
4.  seperti ular kena palu – keadaan (jalan) yang bengkang-bengkok
5.  seperti anjing dengan kucing – orang yang selalu bergaduh apabila berjumpa.
===============================
Rabu 04.07.2012Isnin 02 Julai 2012
Tuliskan Makna Simpulan bahasa di bawah. - 27032012Rabu 13 Julai 2011ISNIN 11 07 201119 NOVEMBER 2010.

Kemahiran Berbahasa.
Bina ayat dengan mengunakan frasa di bawah.

1. menyirat jaring – membetulkan jaring yang koyak
Pak Mail menyirat jaringnya yang kosong sebelum turun ke laut.

2. mencandat sotong – memancing sotong
Syahmi dan keluarganya mencandat sotong di Terengganu pada hari minggu yang lalu.

3. mengait kelapa – mengambil buah kelapa
Encik Amran mengait buah kelapa menggunakan sebatang galah yang diikat dengan sebilah sabit.

4. menjerang air – memasak air
Ibu Aqilah memintanya menjerang air di dapur untuk dibuat air kopi susu.

5. menyiang ikan - membersihkan ikan
Ayah Hakim membantu ibunya menyiang ikan yang dibeli di pasar sebelum dimasak.

6. mengasah parang – menajamkan parang
Redzlan mengasah parang yang panjang itu sebelum menggunakannya untuk menebas semak-samun di belakang rumahnya.

7. menyidai pakaian – menjemur @ mengeringkan pakaian
Darwin dan Darwish membantu ibu mereka menyidai pakaian di ampaian yang terletak di belakang rumah mereka.

8. menebar jala @ roti canai – melontarkan jala @ roti canai menjadi besar
Muzakir menebar jala yang dibawanya ke dalam sungai itu untuk menangkap ikan.

======================================================



Kata Ganti Nama Diri.
1. baginda - kgn diri kelas ke 3.
Sultan Selangor akan berangkat ke Kuala Lumpur. Baginda akan berangkat ke sana petang ini.
2. beliau – kgn diri kelas ke 3
Guru Besar adalah seorang guru yang penyayang. Beliau juga disayangi oleh semua warga sekolah.
3. kita - kgn diri kelas 1
“ Ke manakah kita akan pergi selepas ini?” tanya Aqilah kepada Syahmi.
4. kami – kgn diri kelas 1
“ Kami akan pergi ke perpustakaan ibu, “ kata Haziq dan Mirza kepada ibu mereka.
5. tuanku - kgn diri kelas 2
“Ampunkan patik tuanku, segala titah perintah tuanku akan patik junjung,” kata bendahara kepada Raja Alauddin.

Kelas 1 – menunjukkan orang yang bercakap. ( saya, aku, patik, kami, dll)
Kelas 2 – menunjukkan orang diajak/ lawan bercakap. ( awak, kamu, tuanku, dll )
Kelas 3 - menunjukkan orang diperkatakan tentangnya. ( baginda, dia, mereka, dll)





. makan suap – mengambil atau menerima rasuah (duit kopi)
2. keras kepala - degil
3. ayam tambatan – orang harapan dalam sesuatu pasukan
4. kucing kurap – orang yang dipandang hina kerana kemiskinan
5. bangkai bernyawa – orang yang tidak berguna
6. panjang tangan – suka mencuri
7. ringan tulang – orang yang rajin
8. langkah kanan - bernasib baik

Tuliskan sinonim perkataan.
1. tetap ertinya kekal
2. murah ertinya harga rendah
3. usang ertinya lama
4. moden ertinya sesuatu yang baharu

Rendang Daging.
A. Cari maksud perkataan yang dicetak warna.
1. dadu - kiub
2. tuskan - keringkan
3. dikisar - dihancurkan
4. menggelegak - mendidih
5. empuk – lembut atau gebu 6. dimayang – dihiris halus
7. pekat – likat atau kental
8. diangkat – diambil atau dibawa
9. bahan - ramuan
10. mengajar - menunjukkan

B. Tuliskan jawapan bagi soalan-soalan di bawah.
1. Siapakah yang mengajar Nadia memasak ? emaknya
2. Berapa jeniskah bahan yang diperlukan untuk memasak rendang daging? 15
3. Betulkan struktur ayat dalam bahagian “ Cara memasak.”
4. Lembu daging dipotong dalam bentuk dadu yang bersaiz kecil.
Jawapan: Potong daging lembu dalam bentuk dadu yang bersaiz kecil.
2. Daging cuci tuskan lalu.
Jawapan : Cuci daging lalu tuskan.
3. Kuali di dalam panaskan minyak.
4. Tumis bahan yang dikisar menghasilkan bau sehingga
5. Masukkan serta santan daging dan biarkan sehingga menggelegak dengan kepanasan api yang sederhana.
6. Empuk selepas daging, masukkan garam, asam gelugur, gula dan serbuk perasa secukupnya
7. Kecilkan dan kacau api sehingga kuah menjadi pekat
8. Diangkat sebelum, taburkan kunyit daun yang telah dihiris

C. Tuliskan maksud simpulan bahasa di bawah.
1. angkat kaki – meninggalkan sesuatu tempat
2. angkat bahu – menunjukkan tidak tahu
3. paku belanda – harga yang tidak boleh ditawar lagi. ( harga mati )
4. atas pagar – tidak menyebelahi mana-mana pihak.
5. keras kepala – degil atau tidak mahu mendengar nasihat.

D. Kemahiran berbahasa, - Isi tempat kosong dengan pilhan jawapan yang sesuai.
kebanjiran , menimba, tinggi- lampai, lalu, kerbau di cucuk hidung, menjunjung, terngiang-ngiang, justeru itu,

1. Nelayan itu ____________ air yang masuk ke sampannya sebelum dia turun ke laut.
2. ________________ pendatang asing di Negara ini mendatangkan banyak masalah.
3. Kata-kata nasihat cikgu Shahar dalam kelas hari itu masih _____________________ di telingaku.
4. Shareena rajin belajar dan mengulangkaji pelajaran. _________________ , dia selalu mendapat markah yang tinggi di dalam peperiksaan.
5. Aqilah menurut sahaja kata-kata Suziera. Dia seperti _____________________________________.
6. Peragawati yang _____________________ itu sedang memperagakan pakaian terbaru ciptaan Kamilah.
7. Kakak Shafeera melompat _______________ bertepuk tangan apabila melihat ayah pulang dari pejabat.
8. Muhamad Ifran dan adiknya _____________ buku di atas kepala mereka ketika mengharungi banjir.
E. Berikan pasangan bagi kata kiasan di bawah.
1. Tinggi seperti galah                              6. Hitam seperti arang
2. Gemuk seperti babi atau badak          7. Putih seperti salji atau kapas
3. Besar seperti gajah                             8. Ligat seperti gasing
4. Keras seperti batu                             9. Lancar seperti air
5. Busuk seperti tahi atau sampah      10. Bising seperti pasar




TAJUK : PATRIOTISME – SEMANGAT CINTAKAN NEGARA.

A. Kemukakan hujah atau alasan kamu.
1. Nyatakan sebab mengapakah negara kita sekarang, maju dan aman damai ?
Jawapan:
Negara kita sekarang, maju dan aman damai kerana kita hidup tolong menolong dan mematuhi peraturan.
2. Adakah hidup kita akan aman jika negara kita berlaku peperangan dan kacau bilau?
Jawapan:
Jika negara kita berlaku peperangan dan kacau bilau hidup kita akan susah dan merempat.
3. Bagaimanakah cara kita dapat membentuk semangat cintakan negara?
Jawapan:
Kita dapat membentuk semangat cintakan negara dengan cara membantu memastikan negara kita maju dan rakyatnya hidup aman.

B. Tuliskan maksud peribahasa atau bidalan di bawah.
1. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Di mana kita berada, di situlah kita menjalanan tugas sebaik-baiknya.
2. Menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
Membuat sesuatu pekerjaan, biarlah sehingga selesai.
3. Sikit-sikit lama-lama, jadi bukit.
Membuat sesuatu usaha secara perlahan-lahan pasti akan berjaya juga.
4. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.
Berfikirlah dahulu sebelum membuat sesuatu perkara, kerana jika sudah berlaku tiada gunanya dikesali.

Padankan kata kerja dengan Objeknya dan bina ayat menggunakan perkataan itu.

1. menyiang  - menyiang  __________           6. menelan              -   
2. menyempu               -  __________           7. menaip                -
3. meraut                     -  __________           8. menghembuskan -
4. menendang              -  __________           9. menyiram            -
5. menetak                  -  __________          10. menunggang       -


20 OKTOBER 2010.

Nyatakan binatang yang berkaitan.
1. menggigal
2. menyalak
3. menggembek
4. mengiau
5. menguak

01 OGOS 2010
Padankan kata kerja dengan Objeknya dan bina ayat menggunakan perkataan itu.


1. menanak - menanak nasi
Ayat :-
2. mencanting – mencanting batik
Ayat :-
3. menebar – menebar jala, menebar roti canai.
Ayat :-
4. menyirat – menyirat jala atau jaring
Ayat :-
5. menoreh – menoreh getah
Ayat :-
6. mencandat – mencandat sotong
Ayat :-
7. mengetam – mengetam kayu
Ayat :-
8. menyiram – menyiram bunga atau air mawar.
Ayat :-

Beri maksud peribahasa di bawah.

1. Seperti aur dengan tebing -
Maksud.- persahabatan yang sangat rapat
2. Seperti enau di dalam belukar –( melepaskan pucuk masing-masing )
Maksud.- orang yang mementingkan diri sendiri
3. Seperti cincin dengan permata –
Maksud.- pasangan yang sama padan ( cantik @ lawa )
4. Seperti api dalam sekam –
Maksud.- perasaan dendam yang disimpan di dalam hati.
5. Seperti kera mendapat bunga –
Maksud.- orang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain

1. Nadim membuka ___________ apabila dikejar anjing liar itu.
2, Tangan yang memberi adalah lebih baik daripada yang _____
3. Basir __________ kasut itu sebelum membelinya.
4. Air sungai itu mengalir dengan ________ selepas hujan turun.
5 Pemandangan _________ tepi pantai itu sungguh indah.
6. Ishak menanggalkan kasutya ________ masuk ke rumah.
7 Anis ________ kerana sangat rindu akan adiknya di kampung
8 Ibu saya __________ ikan sebelum membasuhnya.
9 Polis trafik __________ saman kepada pesalah lalu lintas.
10.Mata Adlina ___________ apabila dia dimarahi ibunya.
11.Mulut Alex ___________kerana dia sedang menghafal cerita.
12.Zaki membantu ibunya _________ketupat sebelum diisi beras

Pilihan Jawapan.
Deras, Membelek belek., Langkah seribu., menganyam, termenung, Menerima, Terkumat-kamit
Daripada, Menyiang, Mengeluarkan, Terkebil-kebil,  Lalu,

10 Julai 2010
Kemahiran Tatabahasa.

Tuliskan penjodoh bilangan di bawah.
1. serai ( sedikit ) –                                   2. jaring
3. surat                                                     4. air
5. nasi lemak                                             6. pengantin
7. senyuman                                              8. golok

Jawab soalan di bawah dengan jawapan yang sesuai.
1. Suzirawati membantu ibunya m_______ ikan sebelum membasuh ikan itu dengan asam.
2. Alex m__________ bakul itu di atas kepalanya kerana bakul itu agak ringan.
3. Aiman menangis t______- ______ selepas dia dimarahi oleh bapanya.
4. Hana m_________ pisau yang tumpul itu sebelum menggunakannya.
5. Hakim mengucapkan t__________ kepada kawannya yang berjaya memenangi pertandingan itu.
6. Shahirah sudah tahu siapa yang menghadapi musibah tetapi dia s_______ h______ untuk menceritakannya kepada orang lain.
7. Danial t _________-_________ semasa melihat bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur kerana dia tidak pernah ke sana.
8. Bobie m ____________ kesejukkan semasa memasuki rumah salji itu.

menyiang menjunjung teresak-esak tahniah sampai hati tercengang-cegang menggigil mengasah.
03 JULAI 2010
1. Baju yang dibeli oleh kakak agak _________ sehingga ayah melarang kakak memakainya.
2. Hujan yang turun dengan l_______ diikuti oleh k_________ yang sabung-menyabung.
3. Penyanyi baru itu mempunyai suara yang m __________ menyebabkan ramai orang
mengemari lagu d _________nya.
4. Pintu rumah terbuka l_____ semasa kami pulang ke rumah.
5. Malaysia sedang melatih dua orang a_________________ untuk dihantar ke bulan.
6. Abang saya yang bekerja sebagai p ______________ di dalam kapal terbang itu jarang-jarang balik ke rumah.
7. Lagu yang d______________ oleh Kamal Adila itu mendapat sambutan hangat.
8. P__________________ kawasan hutan perlu dikawal bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh.

Jarang lebat kilat merdu dendangan luas angkasawan pramugara dendangkan penerokaan