Selasa 25.02.2014
Menjaga Kebersihan Diri.
Saya selalu ingat
pesanan ibu saya. Setiap pagi, saya akan mandi dan menggosok gigi. Saya mahu
menjaga kesihatan saya kerana jika badan saya bersih, badan saya juga akan
menjadi cergas.
Saya mahu menjadi sihat, membesar dengan
seimbang dan bijak. Saya selalu makan makanan yang seimbang. Kadang-kala saya makan
makanan yang saya tidak berapa suka iaitu sayur-sayuran dan ikan. Saya ingat
pesanan guru saya. Sayur-sayuran dan ikan akan membantu menjadikan diri kita
sihat dan otak kita lebih bijak.
Saya tidak membeli makanan dari penjual
makanan di tepi jalan. Saya takut makanan yang dijual tidak bersih. Makanan
yang tidak bersih akan menjadikan kita sakit. Kalau kita sakit kita akan susah
hendak belajar dan terpaksa berjumpa doktor.
Saya selalu menjaga kebersihan pakaian
saya. Saya akan menukar dan membasuh sendiri stoking saya setiap dua hari. Saya
tidak mahu pakaian saya berbau busuk.
Saya juga menjaga kebersihan anggota
badan dan rambut saya. Saya akan memotong kuku dan menyampu rambut saya. Saya
tidak mahu kotoran melekat pada kuku saya. Saya juga tidak mahu kutu membiak di
rambut saya. Saya mahu menjaga kesihatan diri kerana badan yang bersih akan
menjadikan badan saya cergas.
01 Jan 2013.
Arahan : Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.
1. Amran bertugas di dalam kapal terbang sebagai __________ setelah bersara dari tentera.
2. Razak _________ sup sebelum memyediakannya kepada ahli keluarga.
3. Farid menanam pokok pisang di belakang __________ sekolah.
4. Ayah Daud ___________ jaring yang telah koyak di bawah rumah.
5. Datuk Bahaman mengarahkan pasukannya mencari _________ dalam selimut di dalam pasukannya.
6. Sepandai-pandai tupai ___________ akhirnya jatuh ke ___________ juga.
7. Se_____________ senyuman terukir di bibirnya apabila terlihat saya.
8. Panglima Neezuwan segera menjunjung ___________ sultan.
9. Wazir membuat laporan apabila rumahnya _____________ bekalan eletrik.
10.Salamiah __________ lagu kegemaran ramai dalam pertandingan nyayian itu.
31 Jan 2012.
Arahan : Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.
1. Aidid telah ___________ dua gol bagi membolehkan pasukannya memenangi
perlawanan itu.
2. Syahmi membantu ibunya ___________ nasi dan ___________ air di dapur.
3. Rasyikah __________ songket yang baharu dan cantik itu.
4. Amyra ____________ pakaian yang hendak dipakainya itu supaya tidak berkedut.
5. Asraf Alwi’e sangat _________ membaca walaupun umurnya baru 4 tahun.
6. Haikal bukan sahaja pandai tetapi sangat ___________ bermain bola.
7. Nicholas dimarahi oleh gurunya kerana dia _____________ sekolah selama dua hari.
8. Habib ___________ pihak bomba apabila melihat api membakar rumah jirannya.
9. Nur Anis Faezah ___________ kain yang telah dibasuh oleh ibunya diampaian.
10. Avinash dan Jayden ____________ rumah sahabatnya Lee Wai Zeng sempena
Tahun Baru Cina.
menyidai, menanak, menjaringkan, menenun, menggosok, lincah,
ponteng, mengunjungi, menjerang, menelefon, lancar
25 JUN 2010.
Tuliskan Erti Perkataan di bawah.
1. lajak - 6. lekang
2. lintas - 7. linangan
3. lengah - 8. sengal
4. pedaya - 9 lolong
5. terdaya - 10. lumayan
Tuliskan Kata Kiasan bagi perkataan di bawah.
1. kedekut seperti
2. kencang seperti
3. kasar seperti
4. kuning seperti
5. lancar seperti
18 JUN 2010
Pemahaman.( Kemahiran Berbahasa )
1. air - menjerng
2. nasi - menanak
3. sup - mereneh
4. api - merebak, menjilat, memadam, menyalakan
5. pokok - rendang, tinggi, subur, bantut, menebang, menakek, mencantas,
mencabut, memangkas.
6. batik - mencanting, mengecop
7. buah - ranum, kelat, manis
8. besi - melarik, menempa, membentuk, mempatri.
9. kain - melipat, memakai, membasuh, mencuci, menjahit
10. komputer - melayari internet, menaip, mencetak, menyimpan data.