BM Karangan Tahun 4.

Hari / Tarikh  :  Jumaat - 040113  Minggu 1.
Jenis   : Tidak berformat.
Tajuk  :  Cita-cita Saya.
Isi : Mengapakah saya memilih cita-cita itu? Siapakah idola? Apakah yang saya dibuat untuk mencapai cita-cita itu? Harapan saya.
Contoh Karangan  1 :  Cita-cita Sebagai Seorang Pereka Fesyen Pakaian.
         Nama saya Shareena binti Shahar. Saya adalah pelajar Tahun 4 Melati. Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sri Petaling. Apabila saya besar nanti, saya bercita-cita menjadi seorang pereka fesyen pakaian yang terkenal.
         Saya memilih untuk menjadi seorang pereka fesyen pakaian kerana saya suka pakaian yang cantik dan berwarna-warni. Saya tertarik hati dan berminat dengan cita-cita ini setelah melihat pertunjukkan pakaian rekaan terbaru yang ditayangkan di televisyen. Semua pakaian tersebut cantik dan baru.
         Di antara ramai-ramai pereka fesyen di dunia ini. Saya meminati fesyen pakaian yang dihasilkan oleh Rizalman daripada Malaysia. Hal ini kerana rekaan beliau sesuai dengan cita rasa saya. Rekaan beliau juga banyak dipakai oleh artis dan pemimpin negara.
         Saya banyak membaca dan belajar melukis dan mewarna demi mencapai cita-cita saya ini. Saya juga banyak menyimpan gambar-gambar fesyen terbaru untuk dijadikan rujukkan. Saya juga kerap merakanm dan menonton rancangan pertunjukkan fesyen demi menambah pengetahuan.
          Saya berharap saya akan mencapai cita-cita saya itu. Saya juga berharap fesyen rekaan saya tersebut akan menjadi kegemaran orang ramai.

Contoh Karangan  2 : Cita-cita Sebagai Seorang Polis.

Contoh Karangan  3 : Cita-cita Sebagai Seorang Doktor.
Contoh Karangan  4 : Cita-cita Sebagai Seorang Guru.

2 comments: